Di mana-mana saja tulisan politik yang pro BN dan UMNO tidak henti-henti memceritakan tafsiran Winnable Candidates ini dan tidak juga terkecuali pemimpin-pemimpin besar parti-parti politik mempromosikan calon-calon yang dianggap Winnable Candidates. Tadi sahabat blogger saya saudara Abdul Rahman Hashim juga mengetengahkan soalan sama ada Hassan Ali, Exco Pas di kerajaan PR Selangor juga akan jadi Winnable Candidates jika ditaja oleh UMNO sekiranya beliau mengalih haluan jika sekiranya beliau tidak dicalonkan oleh PAS Selangor kelak.
Tidak ketinggalan saudara Syed Atief pemimpin pemuda dari UMNO Arau Indra Kayangan Perlis melontarkan persoalan menarik di mana para pengundi hanya akan memangkah para calon selepas dilihat gambar nya dipamerkan dahulu. Dalam lain perkataan saudara Syed Atief cuba membuat analisa penerimaan pengundi melalui Winnable Candidate sahaja pengundi akan memangkah kelak dan jika tidak pasti tidak di terima walaupun semua penyokong parti dan lambang BN terserlah megah tetapi mereka pengundi-pengundi hanya mementingkan karisma dan pengalaman serta commitment dan kerja baik calon-calon saja boleh memenangkan BN melalui penganalisaan winnable candidate yang di pepolori oleh YAB Perdana Menteri. Ini amat kontra agaknya dengan PR yang dianggap seolah olah letak lambang parti atau tunggul kayu atau songkok saja penyokong mereka memangkah calon-calon mereka semasa pru 13 kelak.
Sebenarnya ini terjadi apabila mereka-mereka yang diletakkan sebagai calon yang terdiri dari personalti yang tidak ada pengaruh setempat dan tidak ada track record perkhidmatan pada masyarakat setempat juga di terima oleh penyokong-penyokong mereka dan niat pengundi dan moot pengundi ketika itu hanya ingin melihat BN tewas dalam pilihanraya ke-12 lepas dan mereka telah berjaya menawan beberapa negeri strategic di semenajung malaysia.apa pun selepas beberapa cross over oleh individu2 di dewan undangan dan ahli parlimen saya di fahamkan mereka sekarang juga ada membuat persiapan rapi untuk mengetengahkan winnable candidates mereka yang tidak akan mencacatkan strategi menawan putrajaya kelak,dan ini di jelaskan oleh penasihat umum pakatan rakyat di johor baru-baru ini.
Apa pun senario pada PRU 13 ini ia ada lah pertempuran yang di anggap hidup dan mati nya bagi BN dan UMNO tetapi saya berkeyakinan bahawa pru 13 ini pasti milik BN dalam keadaan yang boleh memerintah dengan simple majority di parlimen kelak dan putrajaya maseh di pimpin oleh YAB NAJIB selaku pemimpin yang bukan calang-calang pemimpin yang dianugerahkan oleh Allah SWT di bumi malaysia yang bertuah ini.saya sudah menyiapkan untuk di terbitkan kelak buku bertajuk najib :bukan calang calang pemimpin untuk bacaan saudara-saudara dengan hujah-hujah detail mengapa Najib dapat mempertahankan Putrajaya dengan tangan magic dan pendekatan transformasi politik dan kerajaan pimpinan beliau yang telah dapat di terima pakai dan di sanjung oleh semua lapisan rakyat Malaysia.