Saturday, 4 February 2012

Kebesaran Bulan Maulid Penghulu Umat Kita Dan Penghulu Segala Umat Yang Lain Iaitu Bulan Kelahiran Saiyidina Wa Maulana Muhammad S.A.W

Salam semua.


Topik yg besar lagi agung ini telah banyak dibicarakan orang dari dahulu hingga sekarang dengan sikap pro dan kontra; masing-masing dengan dalil hujjahnya dan masing-masing mendakwa kebenaran berpihak kepadanya wala haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil'azhim. 


Sekarang mari kita ketepikan semua persengketaan itu untuk sama-sama memfokuskan kepada titik yang amat dasar iaitu; BAHAWA PENGHULU DAN JUNJUNGAN KITA ADALAH MUHAMMAD SAW DAN BAGINDA SAW ADALAH YANG MEMBERI SYAFAAT KEPADA KITA, BAGINDA SAW MERUPAKAN KEKASIH KITA, SANDARAN KITA,PENGHULU KITA,NABI KITA,RASUL KITA,PEMIMPIN KITA DAN IMAM KITA! 



Cukuplah kalau kita mengambil satu dari sifat-sifat Baginda SAW..Allah mengurnia selawat dan salam buatmu wahai ya Rasulullah ya syafi'al anaam...cukuplah kalau satu sifat baginda yang kita pilih itu kita bicarakan seumur hidup kita dan kita selawatkan ke atas Baginda SAW atas satu sifat itu dan kita bergembira dengannya kerana satu sifat itu dan kita memuji-muji Baginda SAW atas satu sifat itu kita merayakan Baginda SAW atas satu sifat itu kita perkatakan bahawa Baginda SAW berkenaan dengan sifat itu..Tidak sama sekali, TIDAK, TIDAK, TIDAK sama sekali pun kita telah menunaikan hak Baginda hatta sepicis pun dari hak Baginda SAW yang amat agung telah kita tunaikan walau seumur hidup kita telah mengerjakan segala penghargaan itu terhadap jasa Baginda SAW ke atas kita dari satu sifat itu.


Setiap orang adalah sama kedudukannya terhadap point ini dan tiada siapa pun yg berkata tidak mengenainya. Kalau begitu di mana sengketa sejarah yang berlarut-larut dan menyusahkan masyarakat mengenai perkara ini?! SAYA MOHON TUAN PUAN SEKALIAN UTK MEMAHAMI DAN MENGKIASKAN TAMSILAN INI ( ATAS PERKARA LAIN YG BERBANGKIT MENGENAINYA).


Jika kamu mencintai seseorang kamu hanya memandang darinya segala kebaikannya kamu takkan terasa tentang keburukannya bahkan takkan memperdulikan sama sekali. Jika kamu mencintai seseorang insan itu nescaya setiap amalan kamu lakukan kerananya dan kamu mempersembahkan untuknya akan kamu anggap kecil sahaja dan tidak ada susahnya melakukannya kerana cintamu pada si dia. Jika kamu mencintai sesorang insan itu, nescaya kamu takkan melupakannya walau bagaimanapun kamu akan sentiasa mengingati dan mengenangnya serta mengharapkan dapat bertemu dengannya dan sanggup berkorban apa saja demi berjumpa dengannya..DAN MAKNA-MAKNA INILAH YANG KAMI RAYAKAN TERHADAP BAGINDA NABI SAW DAN KAMI MENGUCAP SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA SAW BUATNYA YANG MERUPAKAN KEKASIH ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, SAIYIDINA WA MAULANA MUHAMMAD RASULULLAH SAW.


Tidak selayaknya Baginda itu kita fana'kan segalanya dari kita demi mengingatinya dan mengamal selawat dan salam ke atasnya SAW?!


Sila tanyakan dirimu SATU soalan ini:


SIAPA KAMU WAHAI MANUSIA UNTUK MENGINGKARI, MENGHUKUM KAFIR, MENCACI MAKI ATAU MENGHARAMKAN perayaan atau majlis sambutan terhadap junjungan besar yang dimuliakan SAW baik sambutan itu sekali seumur hidup, atau berentuk tahunan, atau bulanan , atau mingguan, atau harian atau setiap waktu?!


Siapa kamu wahai manusia untuk melabel amalan selawat dan salam ke atas Baginda SAW sebagai bida'ah syirik dan segala macam tohmahan serta qazaf hamba-hamba Allah?!


INI NASIHAT BUAT DIRIKU DAN DIRIMU:


Jika kamu tidak beramal selawat dan salam kepada Baginda SAW, maka aku pohon kamu janganlah mengingkari amalan ini agar kamu tak menyesal sebelum mati kerana dibimbangi ketika itu sesal sudah tidak berguna lagi buatmu.


Wahai mereka-mereka yang keras menentang termasuk ajaran Tok Guru Nik Aziz dan rakan-rakan serta pengikut-pengikutnya, janganlah mengharamkan rahmatNYA kepada orang lain yang ingin bermahabah, bermahabah dan mencintai Rasulullah SAW.


Salam dari saya Shahbudin Haji Embun serta ingatan saya, BERSELAWATLAH KE ATAS BAGINDA SAW BESERTA SALAM YG SEMPURNA, NESCAYA KAU BEROLEH SYURGA DAN NIKMATNYA.

1 comment:

  1. Kita orang Islam wajib mencintai Rasulullah SAW dengan meraikannya sempena maulud Rasul..Wallahu' a'lam..

    ReplyDelete